Sunday, July 6, 2008

Islam dan Debat

Sememangnya aku Islam, dilahirkan Islam, dibesarkan sebagai Islam dan bangga menjadi Islam. Walau aku sedar bahawa aku bukanlah umat Islam yang "baik" kerana terdapat banyak rongak-rongak iman yang perlu dibaiki. Maka mungkin tidak senang untuk aku membawa saudara baru menyertai Islam. Kerana aku sendiri, sedikit sebanyak memerlukan bimbingan dari yang lebih tahu.
Dan semenjak kebelakangan ini, aku banyak membaca hujah-hujah berkenaan Islam. Salah satu bacaan kegemaran aku adalah dari Dr. Zakir Na'ik. Serius, memang kagum dengan cara beliau menjawab persoalan Islam. Malah aku juga ada terjumpa hujah beliau dalam bentuk video di YouTube. Sekali lagi, aku terasa kagum. Sebab isinya yang padat, logik, diterima akal dan tidak meleret-leret - itu yang penting. Paling mengkagumkan jawapan beliau tentang Islam tidak disebarkan melalui pedang dan senjata. [Nanti sekiranya aku berkesempatan, aku akan "paste" hujahan beliau berkenaan persoalan-persoalan yang aku baca, jika dapat aku sertakan videonya sekali.]
Mungkin antara sebab lain mengapa aku meminati beliau ialah kerana kecenderungan dan minat aku dalam berdebat. Sepertimana aku meminati filem "A Great Debator" (perrgghhh.. memang tangkap nangis aku tengok filem tuh). Walau aku sendiri sebenarnya sudah lama berhenti berdebat kerana mencuba kaedah cool dan diplomasi (aku pernah mewakili sekolah dan daerah dalam pidato dan debat sejak dari tingkatan 3 lagi). Tetapi akhirnya aku cair juga dengan kepandaian Dr. Zakir Naik. Kerana kepandaian beliau berhujah, kerana pemikiran beliau yang kritis. Giler... kagum dan kagum! Dan aku yakin, ramai juga yang memeluk Islam kerana kepintaran beliau. Kerana apa juga 'belit' dari Yahudi dapat beliau cantas.
Cuma masalahnya, tidak terdapat banyak keluaran buku-buku tulisan dan video hujah-hujah beliau di pasaran. Di Malaysia pun cuma ada satu syarikat yang menerbitkan buku beliau. Kebanyakan buku agama di Malaysia yang ditulis lebih menjurus kepada panduan ibadat dan sirah. Sedangkan jika ditanya pada diri aku sendiri, dengan banyaknya bahan bacaan dan pendebatan yang dibuat oleh Yahudi dan golongan kafir, mempertikaikan itu dan ini di dalam Islam, yang boleh membuatkan umat Islam cuak dan ragu, maka penerbitan pemikiran intelek seperti dari Dr. Zakir Naik adalah perlu. Malah tidak dinafikan juga, rancangan forum-forum dan persoalan agama contohnya di RTM1 tidak diterbitkan dan dipasarkan.
Untuk aku yang sentiasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sering menghadapi kesukaran ini. Aku harap, sesiapa yang lebih maklum dan terdedah dengan Islam dan Debat dapat membantu aku, supaya aku lebih yakin menjawab persoalan-persoalan kerana walau aku yakin Islam itu yang TERBAIK tapi aku selalu menghadapi kesukaran menjelaskannya.
-Duyung-

Tuesday, July 1, 2008

Kenapa DUYUNG & DOLPHIN?

Antara semua blog yang aku ada, ini adalah satu-satunya blog yang tidak menggunakan nama aku pada 'url'nya. Dan kenapa Duyung dan Dolphin dipilih menggantikan nama aku?
Bukanlah aku duyung, bukan juga kerana dolphin adalah binatang kesukaan.. Cuma aku rasakan kombinasi kedua mereka ini amat menguja dan menghairahkan. Atas sbb ini, Duyung dan Dolphin dipilih.
Utk makluman, di atas beberapa faktor, aku terpaksa juga jadikan duyung sbg signature aku, di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

-Duyung-