Tuesday, March 10, 2009

PPSMI - Perlu diperhalusi

"Orang melayu harus dipaksa menguasai Bahasa Inggeris. PPSMI akan membolehkan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik"

Aku tak fikir begitu langsung. Kalau nak pandai English, bagilah subjek yang memerlukan banyak pembacaan. Aku 'pandai' English pun, sebab aku baca buku cerita english (dari Harry Potter ke American Tragedy), aku baca majalah Fitness - Mind, Body & Spirit, & Shape, aku khatam buku teks management, human resources, policy research dll. dalam bahasa Inggeris (selain dari aku hayati english movies tanpa subtitles dan meminati 'audio book') dan paling utama - aku communicate in English. Apalah beza + - x / dalam bahasa apa pun. Entah bila pula orang kita berkomunikasi bahasa simbol, istilah scientific setiap hari. Kalau nak bagi anak bangsa pandai English, tukarlah ke subjek yang banyak membaca dan menulis. Tukarlah menjadi "Pengajaran/Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup".

  • Kurang-kurang, kitab suci Qur'an dan agama Islam kita kalau pun diseleweng kita tau dan boleh bertindak. Tak der laaa dok diam jer. Org kat luar sana dah lama ambil kesempatan kerana kita masih duduk bawah gelas. Mereka lebih memahami Bahasa Inggeris dari kita, dan kita tak mampu pun untuk jawab mereka ini:-
  • Kurang-kurang kalau merantau kat UK ker, US ker; ada kemahiran hidup utk survive. Tidaklah buat iklan jual tubuh.
  • Kurang-kurang tau asal-usul kita.. dan cintakan tanahair. Walaupun hidup merantau berhujan emas. Walaupun sekarang dah jadi lawyer, doctor dan engineer.
Ini juga, sebenarnya dapat meningkatkan vocabulary mereka disamping memudahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi hari-hari. Seterusnya akan mempercepatkan proses pick-up English.

Lagi satu, "Semakin ramai yang fasih dalam Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan". Salah ayat ni. Apa kaitan antara kefasihan Bahasa Inggeris dengan subjek Sains dan Matematik? Dan tak perlulah politikkan isu macam ni. Tak guna berbaring atas jalan, ia wajar diteruskan. Cuma harus diperhalusi.

-Duyung-

Thursday, March 5, 2009

PadaMu aku bersujud

Terasa mahu berkongsi ini (video klip rasmi) disini. Lagu dari Afgan - penyanyi Indonesia.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

"Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa memeliharaku, dengan kasih dan sayangMu."

-Duyung-

Wednesday, January 14, 2009

Mari kita bantu mereka di Palestin

Assalamualaikum,
Membaca berita tentang Gaza amat mengecewakan dan menyedihkan kita, ditambah lagi dengan gambar-gambar kesan kekejaman mereka. Kesedihan dan kemarahan umat Islam di Malaysia dilihat semakin memuncak dalam menentang kekejaman regim Zionis terhadap bumi Palestin. Saban hari banyak sms, mesej dari 'yahoo messenger' dan email diterima utk kita memboikot produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada kekejaman Israel. Terbaru, saya menerima berita mengatakan McDonald dan Starbucks telah bersetuju untuk menyumbang kepada Israel sebagai sokongan akan perbuatan mereka.
Bagaimanapun, saya agak kurang pasti samada syarikat-syarikat yang didakwa menyumbang yang menjalankan operasi di Malaysia ini, juga terlibat. Perkara ini perlu dirujuk dengan kementerian yang bertanggungjawab, kerana ada kemungkinan kerajaan kita telah mensyaratkan mereka untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan hanya kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan atau jika tidak, mereka perlu mengesahkan ke mana bantuan akan disalurkan dengan kebenaran kerajaan Malaysia. Ini kerana, keuntungan yang diperolehi datangnya dari rakyat Malaysia itu sendiri, terlalu ramai di antara kita yang: makan di McD - minum di Starbucks, menggunakan telefon Nokia, berblog dengan komputer ber-prosessor INTEL dan sebagainya. Produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada kekejaman Israel boleh dilihat di sini. Namun, yang terbaik buat masa ini, marilah kita berhenti membeli produk-produk ini.

Selain itu, banyak lagi usaha lain yang boleh dibuat. Gerakan Belia 4B Wilayah dan Kawasan Cheras, sebagai contoh telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan A.S sebagai tanda bantahan. Memorandum ini mengandungi 6 gesaan yang mana mendesak sesuatu dilakukan ke atas Regim Zionis yang kejam. Ini adalah antara usaha persatuan-persatuan mahupun NGO dalam membantu mereka di sana.

Paling mudah, apa kata kita sama-sama berdoa & membaca Qunut Nazilah kepada mereka yang sedang bertarung di Palestin, saudara Islam kita.


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah, leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu ke atas mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa
Wahai Tuhan Yang Maha Penghukun
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan Kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

(sumber disini)

Mungkin kita boleh mulai sekarang mendaftar sebagai sukarelawan/wati di mana-mana agensi mahupun badan sukarela. Jom kita, kalau layak dan berani..

-Duyung-

Monday, November 10, 2008

Watever #01

"Self-reverence, self-knowledge, self-control. These three alone lead to sovereign power."
– Alfred Tennyson

To me, it leads to diplomacy, being humble & avoid bullshitting. I hate when I have to listen to bullshit/kelentong/goreng /kenceng from people. Don't they realize that I know when they are bullshitting? Please don't waste my time. People know if you're that good. Don't say it because talk is free man. Prove it!


Grrr,
-Duyung-

Thursday, September 18, 2008

Debate: COMMON QUESTIONS ABOUT ISLAM

Guys, as promised before in my previous entry.
From the "20 MOST COMMON QUESTIONS ABOUT ISLAM" by Dr. Zakir Abdul-Karim Naik.

1. Was Islam spread by the sword?
  • Islam means peace.
  • Indonesia is a country that has the biggest number of Muslims in the world. The majority people in Malaysia are Muslims. Which Muslims army went to Indonesia and Malaysia?
  • Islam is the fastest growing religion in America and Europe. Well, which sword is forcing people in the West to accept Islam in such a large number?

2. Eating non-vegetarian food.
  • A Muslim can be a pure vegetarian.
  • The Quran however permits a Muslim to hv non-vegetarian food. The following Quranic verses are proof of this fact: [Al-Maidah 5:1, An-Nahl 16:5, and An-Mu'minin 23:21]
  • Meat is nutritious and rich in complete protein.
  • Human have omnivorous set of teeth.
  • Human beings an digest both vegetarian and non-vegetarian food.
  • Even plants hv life - certain religions have adopted pure vegetarianism as a dietary law because they are totally against the lkilling of living creatures.Today, it is a fact that even plants have life.
  • Even plants can feel pain - Science tells us that even plant can feel pain. But the cry of the plant cannot be heard by the human being. this is due to the inability of the human ear to, hear sounds that are not in the audible range i.e. 20 Hertz to 20,000 Hertz. Anything below & above this range cannot be heard by a human being.
  • Killing a living creature with two senses less is not a lesser crime - Suppose your brother is born deaf and dumb and has two senses less as compared to other human beings. He becomes mature and someone murders him, would you ask the judge to give a murderer a lesser punishment because your brother has two senses less? -Aha, great answer!

3. Pork is forbidden
  • Pork prohibited in the Qur'an in 2:173, 5:3, 6:145, and 16:115.
  • Pork prohibited in Bible.
  • Consumption of pork causes several diseases.
  • Pork has fat building material - this fat gets depsited in the vesels and can cause hypertension and heart attack. It is not surprising that over 50% of Americans suffer from hypertension.
  • The pig is one of the filthiest animal in the world - it lives and thrives on muck, faeces and dirt. No matter how hard you try to keep them clean they are filthy by nature. they eat and enjoy their own as well as their neighbour's excreta. -Iyaks!
  • Pig is the most shameless animal - It is the only animal that invites its friends to have sex with its mate. Pig eating promotes pig culture for example in America. Many times after dance parties, they have swapping of wives; i.e many say "you sleep wth my wife and I will sleep wth your wife." -Horror man!
Thats all for now. I will try to add more later. Frankly, I love his idea of answering people's doubt towards Islam.

-Duyung-

Friday, August 15, 2008

Asalnya aku tidak tahu berenang

Aku memang tidak tahu berenang, dulu.. Walaupun selepas SPM, aku ditawarkan menyambung pelajaran dalam bidang Perikanan dan Sains Samudera (Fisheries and Marine Science). Semua senior-senior kata, utk bidang itu, mesti tau berenang. Tapi aku buat dek jer.. Sehingga aku tamat diploma, aku masih tidak tahu berenang. Aku lebih berminat kepada aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sertai pelbagai aktiviti2 diperingkat universiti mahupun negeri. Sehinggalah PAS mengambil-alih Terengganu, dan Persatuan Al-Ikhwan mendominasi universiti, aku jadi bosan.. maka aku hentikan semua kegiatan persatuan tetapi mula bersukan. Namun masih bukan sukan renang.
Kemudian aku ditawarkan Ijazah di universiti yang sama, Universiti Putra Malaysia Terengganu/KUSTEM atau sekarangnya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang Sc. Komputer. Sehingga tamat, aku masih tidak kuasa nak belajar berenang. Aktiviti sukan aku cuma berbasikal, jogging dan senamrobik. Selalunya aku mendaki Bukit Besar yang tertera "Allah Peliharakanlah Terengganu" setiap petang dan tamatkan 3 dakian sehari. Yang pasti, bukannya bola jaring. Malah hingga sekarang pun aku tak ada hati pun nak mengejar sebiji bola beramai2.. Ahahaahaaaa...
Selepas tamat ijazah, ketika semua kawan-kawan berada bersama keluarga; aku masih di universiti. Mencari-cari bakal penyelia untuk projek Masters aku. Ketika ini aku berasakan perlu aku gabungkan 2 bidang pengajian aku - Perikanan, Sains Samudra & Komputer Sains. Maka, aku memohon dalam bidang Teknologi Perikanan (Hydroacoustic Science). Memang best bidang ini kerana aku berpeluang menggunakan sejenis alat DT6000 & Roxxane untuk mengesan sumber perikanan (ikan, zooplankton, corals, etc) di Laut China Selatan. Maka sudah pasti aku diwajibkam menyelam di stesen2 pilihan. Hendak tak hendak.. aku pun belajarlah berenang.
Aku ingat lagi.. Giler lawak masa tu. 1st swimming suit aku giler sopan, dengan seluar paras lutut. Saiz M dan jenama Triumph. Mahal jgn cakaplah, beli di Singapore - Takashimaya gituh. Lepas aku mahir renang, swimming suit aku mula bertambah. Tetapi semua semakin tak senonoh bentuknya. Dengan tali halus, dan yang habis sexy laa.. Saiz pastinya S (sebab lebih fit lebih menarik) dan jenama yang macam2 termasuklah Roxy, O'reef, O'neil etc - tp favourite aku Speedo dan Nike. Cuma sekarang aku dalam proses menggantikan dgn yg lebih sopan terutamanya selepas aku berenang di swimming pool di Precint 16 Putrajaya. Sudahla situ ramai melayu, aku pulak hentam dressing macam nak berlakon dgn Julie Dahlan.. Apa barang beb!!
Alhamdulillah, renang bukan masalah besar aku. Malah aku juga mampu ber'scuba diving' walaupun sudah tidak muat mengenakan wetsuit O'neil aku. Geram betul aku.. kenapalah aku beli saiz 2 dulu. Mungkin aku akan trade-in dgn saiz 4 atau 6 selepas ini. Aku pun tak pasti lagi. Kerana dalam masa terdekat, aku tak akan ber'scuba diving'.
Kini, renang adalah hidup aku. Yang mana aku juga memegang Sijil Penyelamat Kelemasan Malaysia dan rasanya - angkat bakul sikit, memang agak terror dalam menunda mangsa lemas. Aksi menunda ini, sebenarnya agak menarik kerana aku dapat mainkan kaki aku dalam air dengan lancar seperti tarian dalam air. Malah jurulatih aku juga agak kagum kerana aku berupaya menamatkan bahagian ini dengan cekap dan pantas... Hullawehh, kempen apa nie?
Sebenarnya aku cuma ingin jelaskan, kepada mereka-mereka yang sangat tidak yakin boleh berenang. Sukan ini adalah sukan yang agak senang, risiko kecederaan juga sangat kurang jika dibandingkan dengan sukan seperti futsal, bola jaring, berbasikal etc. Malah, ia sangat baik untuk kaum wanita. Tersangat baik. Maka, janganlah memberikan seribu alasan untuk tidak mempelajarinya. Juga buang sifat malu jika mahu maju..
Jom swim babe,
-Duyung-

Sunday, July 6, 2008

Islam dan Debat

Sememangnya aku Islam, dilahirkan Islam, dibesarkan sebagai Islam dan bangga menjadi Islam. Walau aku sedar bahawa aku bukanlah umat Islam yang "baik" kerana terdapat banyak rongak-rongak iman yang perlu dibaiki. Maka mungkin tidak senang untuk aku membawa saudara baru menyertai Islam. Kerana aku sendiri, sedikit sebanyak memerlukan bimbingan dari yang lebih tahu.
Dan semenjak kebelakangan ini, aku banyak membaca hujah-hujah berkenaan Islam. Salah satu bacaan kegemaran aku adalah dari Dr. Zakir Na'ik. Serius, memang kagum dengan cara beliau menjawab persoalan Islam. Malah aku juga ada terjumpa hujah beliau dalam bentuk video di YouTube. Sekali lagi, aku terasa kagum. Sebab isinya yang padat, logik, diterima akal dan tidak meleret-leret - itu yang penting. Paling mengkagumkan jawapan beliau tentang Islam tidak disebarkan melalui pedang dan senjata. [Nanti sekiranya aku berkesempatan, aku akan "paste" hujahan beliau berkenaan persoalan-persoalan yang aku baca, jika dapat aku sertakan videonya sekali.]
Mungkin antara sebab lain mengapa aku meminati beliau ialah kerana kecenderungan dan minat aku dalam berdebat. Sepertimana aku meminati filem "A Great Debator" (perrgghhh.. memang tangkap nangis aku tengok filem tuh). Walau aku sendiri sebenarnya sudah lama berhenti berdebat kerana mencuba kaedah cool dan diplomasi (aku pernah mewakili sekolah dan daerah dalam pidato dan debat sejak dari tingkatan 3 lagi). Tetapi akhirnya aku cair juga dengan kepandaian Dr. Zakir Naik. Kerana kepandaian beliau berhujah, kerana pemikiran beliau yang kritis. Giler... kagum dan kagum! Dan aku yakin, ramai juga yang memeluk Islam kerana kepintaran beliau. Kerana apa juga 'belit' dari Yahudi dapat beliau cantas.
Cuma masalahnya, tidak terdapat banyak keluaran buku-buku tulisan dan video hujah-hujah beliau di pasaran. Di Malaysia pun cuma ada satu syarikat yang menerbitkan buku beliau. Kebanyakan buku agama di Malaysia yang ditulis lebih menjurus kepada panduan ibadat dan sirah. Sedangkan jika ditanya pada diri aku sendiri, dengan banyaknya bahan bacaan dan pendebatan yang dibuat oleh Yahudi dan golongan kafir, mempertikaikan itu dan ini di dalam Islam, yang boleh membuatkan umat Islam cuak dan ragu, maka penerbitan pemikiran intelek seperti dari Dr. Zakir Naik adalah perlu. Malah tidak dinafikan juga, rancangan forum-forum dan persoalan agama contohnya di RTM1 tidak diterbitkan dan dipasarkan.
Untuk aku yang sentiasa ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sering menghadapi kesukaran ini. Aku harap, sesiapa yang lebih maklum dan terdedah dengan Islam dan Debat dapat membantu aku, supaya aku lebih yakin menjawab persoalan-persoalan kerana walau aku yakin Islam itu yang TERBAIK tapi aku selalu menghadapi kesukaran menjelaskannya.
-Duyung-

Tuesday, July 1, 2008

Kenapa DUYUNG & DOLPHIN?

Antara semua blog yang aku ada, ini adalah satu-satunya blog yang tidak menggunakan nama aku pada 'url'nya. Dan kenapa Duyung dan Dolphin dipilih menggantikan nama aku?
Bukanlah aku duyung, bukan juga kerana dolphin adalah binatang kesukaan.. Cuma aku rasakan kombinasi kedua mereka ini amat menguja dan menghairahkan. Atas sbb ini, Duyung dan Dolphin dipilih.
Utk makluman, di atas beberapa faktor, aku terpaksa juga jadikan duyung sbg signature aku, di atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

-Duyung-

Friday, June 13, 2008

Salam semua...
Ini blog aku yg keberapa ntah sejak aku ber-blog di tahun 2005 Aku dah created blogs yg giler perasan nak mampos - cuma cerita pasal diary aku, pastu ada blog pasal family dan kengkawan, pastu ada blog kenangan setahun di Airasia, dan ada satu lagi blog yg aku jadikan tempat melepas perasaan dan rambling sana sini.
Tdk cukup dgn 4 blogspot, ada plak 1 lagi blog wordpress yang aku jadikan tempat aku keluarkan pemikiran intelek aku, kononlah! Sebab ada satu masa tuh, aku bermotivasi giler nk jd outstanding, maka aku rasa eloklah aku ada juga tpt aku war-warkannya. Di - wordpress aku nie, bukan semua idea aku akan di-upload. Sbb, semua tuh adalah harta intelek aku. Memang silap besarlah aku nk kasi free kat net kan.
Akhirnya, aku create blog ini, tanpa harapan sebaliknya menggantikan blog-blog aku yang lain yg akan aku lupuskan!
Adios,
-Duyung-

Saturday, December 15, 2007

TAK TAU NAK TULIS APA

Nantilah, tak ada idea. Register jer dulu sbb nk 'book' url duyungdandolphin ni. Akan cuba tulis jika ada kelapangan.

-Duyung-