Tuesday, March 10, 2009

PPSMI - Perlu diperhalusi

"Orang melayu harus dipaksa menguasai Bahasa Inggeris. PPSMI akan membolehkan mereka berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik"

Aku tak fikir begitu langsung. Kalau nak pandai English, bagilah subjek yang memerlukan banyak pembacaan. Aku 'pandai' English pun, sebab aku baca buku cerita english (dari Harry Potter ke American Tragedy), aku baca majalah Fitness - Mind, Body & Spirit, & Shape, aku khatam buku teks management, human resources, policy research dll. dalam bahasa Inggeris (selain dari aku hayati english movies tanpa subtitles dan meminati 'audio book') dan paling utama - aku communicate in English. Apalah beza + - x / dalam bahasa apa pun. Entah bila pula orang kita berkomunikasi bahasa simbol, istilah scientific setiap hari. Kalau nak bagi anak bangsa pandai English, tukarlah ke subjek yang banyak membaca dan menulis. Tukarlah menjadi "Pengajaran/Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup".

  • Kurang-kurang, kitab suci Qur'an dan agama Islam kita kalau pun diseleweng kita tau dan boleh bertindak. Tak der laaa dok diam jer. Org kat luar sana dah lama ambil kesempatan kerana kita masih duduk bawah gelas. Mereka lebih memahami Bahasa Inggeris dari kita, dan kita tak mampu pun untuk jawab mereka ini:-
  • Kurang-kurang kalau merantau kat UK ker, US ker; ada kemahiran hidup utk survive. Tidaklah buat iklan jual tubuh.
  • Kurang-kurang tau asal-usul kita.. dan cintakan tanahair. Walaupun hidup merantau berhujan emas. Walaupun sekarang dah jadi lawyer, doctor dan engineer.
Ini juga, sebenarnya dapat meningkatkan vocabulary mereka disamping memudahkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi hari-hari. Seterusnya akan mempercepatkan proses pick-up English.

Lagi satu, "Semakin ramai yang fasih dalam Bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan". Salah ayat ni. Apa kaitan antara kefasihan Bahasa Inggeris dengan subjek Sains dan Matematik? Dan tak perlulah politikkan isu macam ni. Tak guna berbaring atas jalan, ia wajar diteruskan. Cuma harus diperhalusi.

-Duyung-

Thursday, March 5, 2009

PadaMu aku bersujud

Terasa mahu berkongsi ini (video klip rasmi) disini. Lagu dari Afgan - penyanyi Indonesia.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

"Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa memeliharaku, dengan kasih dan sayangMu."

-Duyung-