Friday, August 15, 2008

Asalnya aku tidak tahu berenang

Aku memang tidak tahu berenang, dulu.. Walaupun selepas SPM, aku ditawarkan menyambung pelajaran dalam bidang Perikanan dan Sains Samudera (Fisheries and Marine Science). Semua senior-senior kata, utk bidang itu, mesti tau berenang. Tapi aku buat dek jer.. Sehingga aku tamat diploma, aku masih tidak tahu berenang. Aku lebih berminat kepada aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sertai pelbagai aktiviti2 diperingkat universiti mahupun negeri. Sehinggalah PAS mengambil-alih Terengganu, dan Persatuan Al-Ikhwan mendominasi universiti, aku jadi bosan.. maka aku hentikan semua kegiatan persatuan tetapi mula bersukan. Namun masih bukan sukan renang.
Kemudian aku ditawarkan Ijazah di universiti yang sama, Universiti Putra Malaysia Terengganu/KUSTEM atau sekarangnya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam bidang Sc. Komputer. Sehingga tamat, aku masih tidak kuasa nak belajar berenang. Aktiviti sukan aku cuma berbasikal, jogging dan senamrobik. Selalunya aku mendaki Bukit Besar yang tertera "Allah Peliharakanlah Terengganu" setiap petang dan tamatkan 3 dakian sehari. Yang pasti, bukannya bola jaring. Malah hingga sekarang pun aku tak ada hati pun nak mengejar sebiji bola beramai2.. Ahahaahaaaa...
Selepas tamat ijazah, ketika semua kawan-kawan berada bersama keluarga; aku masih di universiti. Mencari-cari bakal penyelia untuk projek Masters aku. Ketika ini aku berasakan perlu aku gabungkan 2 bidang pengajian aku - Perikanan, Sains Samudra & Komputer Sains. Maka, aku memohon dalam bidang Teknologi Perikanan (Hydroacoustic Science). Memang best bidang ini kerana aku berpeluang menggunakan sejenis alat DT6000 & Roxxane untuk mengesan sumber perikanan (ikan, zooplankton, corals, etc) di Laut China Selatan. Maka sudah pasti aku diwajibkam menyelam di stesen2 pilihan. Hendak tak hendak.. aku pun belajarlah berenang.
Aku ingat lagi.. Giler lawak masa tu. 1st swimming suit aku giler sopan, dengan seluar paras lutut. Saiz M dan jenama Triumph. Mahal jgn cakaplah, beli di Singapore - Takashimaya gituh. Lepas aku mahir renang, swimming suit aku mula bertambah. Tetapi semua semakin tak senonoh bentuknya. Dengan tali halus, dan yang habis sexy laa.. Saiz pastinya S (sebab lebih fit lebih menarik) dan jenama yang macam2 termasuklah Roxy, O'reef, O'neil etc - tp favourite aku Speedo dan Nike. Cuma sekarang aku dalam proses menggantikan dgn yg lebih sopan terutamanya selepas aku berenang di swimming pool di Precint 16 Putrajaya. Sudahla situ ramai melayu, aku pulak hentam dressing macam nak berlakon dgn Julie Dahlan.. Apa barang beb!!
Alhamdulillah, renang bukan masalah besar aku. Malah aku juga mampu ber'scuba diving' walaupun sudah tidak muat mengenakan wetsuit O'neil aku. Geram betul aku.. kenapalah aku beli saiz 2 dulu. Mungkin aku akan trade-in dgn saiz 4 atau 6 selepas ini. Aku pun tak pasti lagi. Kerana dalam masa terdekat, aku tak akan ber'scuba diving'.
Kini, renang adalah hidup aku. Yang mana aku juga memegang Sijil Penyelamat Kelemasan Malaysia dan rasanya - angkat bakul sikit, memang agak terror dalam menunda mangsa lemas. Aksi menunda ini, sebenarnya agak menarik kerana aku dapat mainkan kaki aku dalam air dengan lancar seperti tarian dalam air. Malah jurulatih aku juga agak kagum kerana aku berupaya menamatkan bahagian ini dengan cekap dan pantas... Hullawehh, kempen apa nie?
Sebenarnya aku cuma ingin jelaskan, kepada mereka-mereka yang sangat tidak yakin boleh berenang. Sukan ini adalah sukan yang agak senang, risiko kecederaan juga sangat kurang jika dibandingkan dengan sukan seperti futsal, bola jaring, berbasikal etc. Malah, ia sangat baik untuk kaum wanita. Tersangat baik. Maka, janganlah memberikan seribu alasan untuk tidak mempelajarinya. Juga buang sifat malu jika mahu maju..
Jom swim babe,
-Duyung-

No comments: